FUHH Panas! Ika Nabella Cium Mulut Suami Di Majlis Perkahwinan

Loading...

Selepas insiden pergaduhan yang melibatkan pelakon, Ika Nabella dengan seorang wanita di KLIA2, nama Ika tenggelam sebentar dari berita hiburan. Walaupun begitu, penampilannya sering kali dilihat di kaca televisyen membuktikan dirinya masih aktif berlakon.


‘Rakus Sungguh’
Terbaru, kiriman seorang pembaca Hangat.com memberitahu bahawa gambar I`kabersama suami seperti sengaja mahu menimbulkan kontroversi. Hasil carian kami, gambar yang dimuat naik di Instagram Ika kelihatan beliau dan suami sedang bergambar dan bercium antara satu sama lain.

Untuk anda yang tidak tahu, Ika telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam pada Julai tahun lalu. Bagi kami di Hangat.com, tiada apa yang salah kerana mereka adalah suami isteri namun mungkin status Ika sebagai ‘public figure’ dan aksi beliau itu dilihat peminat sebagai kurang manis untuk berbuat demikian.

BACA  Penampilan Isteri Hafiz Suip Macam Nenek?

Daripada Nyanyian Ke Lakonan
Untuk anda yang tidak tahu, nama Ika mula dikenali menerusi rancangan realiti tv popular, Akademi Fantasia musim keenam. Bakat dan namanya mula berkembang apabila bergelar pelakon sehingga ke hari ini.

Bagi kami, bakat beliau dalam lakonan lebih menyerlah daripada nyanyian. Setuju?

Gambar Instagram Ika Nabella

Artikel Berkaitan
Ika Nabila Diserang Di KLIA 2

Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, Ika Nabella telah diserang di KLIA 2 oleh seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Mak Cik Tudung Maroon’.

Insiden itu tercetus gara-gara Ika dikatakan melanggar wanita yang agak berusia berkenaan sewaktu menaiki eskalator.
screen-shot-2017-07-28-at-3-02-03-pm

Menurut Ika, sewaktu kejadian berlaku, wanita berkenaan dengan seorang lagi rakannya menghalangi laluan eskalator berkenaan.

Ika sempat meminta izin kepada wanita berkenaan supaya diberikan laluan, namun permintaannya itu tidak diendahkan membuatkan Ika terpaksa lalu ditengah-tengah.

screen-shot-2017-07-28-at-3-09-02-pm

Berang dengan tindakan Ika, wanita berkenaan telah memaki hamunnya. Wanita itu juga menuntut Ika memohon maaf kepadanya sambil mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada tinggi.

Tidak hanya habis sampai disitu, wanita berkenaan sekali lagi menyerangnya di tempat pemeriksaan imegresen.

screen-shot-2017-07-28-at-3-10-55-pm

Menurut Ika, wanita berkenaan terus meluru kearahnya sambil menjerit perkataan yang tidak sepatutnya sambil menunjukkan isyarat lucah (jari tengah).

Amarah wanita berkenaan tidak bernoktah disitu. Malah laman sosial milik Ika juga turut diserangnya. Dia turut mengugut untuk menyebarkan tentang insiden itu dengan tujuan memalukan aktres berkenaan.

screen-shot-2017-07-28-at-2-38-41-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-38-53-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-39-08-pmNamun Ika lebih bijak, apabila perkara itu didedahkannya terlebih dahulu sebelum wanita itu memulakan langkahnya.

screen-shot-2017-07-28-at-2-39-34-pmscreen-shot-2017-07-28-at-2-40-06-pm

Ika juga turut meminta wanita berkenaan supaya melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seandainya betul dirinya bersalah.

Pendedahan Ika itu telah mendapat respon dari netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita berkenaan yang tidak mencerminkan peribadi wanita muslimah yang berhijab.

screen-shot-2017-07-28-at-2-40-26-pm

Semoga masalah ini dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Hormat menghormati kan amalan orang timur tambah-tambah orang Melayu. Tak gitu?

Loading...